Falling love

Erti sebuah Perhubungan...

"...Terimalah seseorang, seadanya.Kebaikannya Disyukuri, Kekurangannya Diredhai..."

Thursday, December 2, 2010

Antara Cinta dan Air Mata


"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kami cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu mawaddah (rasa kasih sayang) dan rahmat..." - Surah ar-Rum Ayat 21.

Lirik Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang


Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku...

Monday, November 29, 2010

DIKEJAUHAN INI

DIKEJAUHAN INI


Sayang… di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
… rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah…
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh…
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!


Friday, November 26, 2010

BIARKAN CINTAMU BERKATA TIDAK

Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti.

Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?

 Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…
Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.
Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…


Solat di hadapan ka'abah

Mimpi semalam.. mmg pelik sikit.. xpernah sy mimpi mcm ni.. sy bertelekung putih.. terlihat 3,4 orang juga berpakaian putih sedang solat di hadapan ka'abah.. sy sendiri xpernah pergi kesana.. xpernah tgk ka'abah life depan mata.. selalu tgk kat tv je.. n gambar2 pd sejadah, n dinding rumah..  semoga mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah...



  •  Mimpi melihat Ka'bah, bererti melihat penguasa atau pegawai tinggi.
  • Menurut Abdullah al-Karmani, mimpi melihat Ka'abah, bererti selamat, iman dan Islam. Jika yang bermimpi ialah orang sakit, bererti sembuh dan dikabulkan doanya.
  • Menurut Ja'afar al-Sadiq, mimpi melihat Kaabah bererti khalifah, imam besar, serta selamat bagi orang mukmin.
  • Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat


inteam- damba kasih


UTK AWAK...

Inteam - Doa Seorang Kekasih



KHAS BUAT HABIBULNUHYIDIN & ATIE MAIRA

Lirik Doa Seorang Kekasih - Inteam

Lirik Doa Seorang Kekasih - Inteam

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
-Lirik Doa Seorang Kekasih-

Wednesday, November 24, 2010

LAWAN NAFSU MU! by ustaz PAHROL MOHAMAD JUOI

LAWAN NAFSU MU!

Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.


KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA
“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat.  Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)
Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang  hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.
Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” (Surah : )
Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.
Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?


CiNta Dalam IslaM...

CiNta Dalam IslaM...

Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul?
Untuk mendapat cinta manusia yang
tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya
supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda
Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah
ialah mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah.
 Riwayat Ahmad: Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu
penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan
perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara
keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab
adalah antara petanda bahawa keintiman antara
mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami.
 Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai
pasangannya. Cemburu biar kena pada
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah
sebaik-baik pengharapan.

Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!



Tuesday, November 23, 2010

Saat2 perkenalan Yang Indah...


Pelikkah cinta tanpa berkenalan,
Keluar makan- makan,
Berbalas Email..
dan SMS??



Antara aku dan dirimu...
Entah betapa sukar utk aku hurai kan..
Saat dirimu terlalu jauh...
Tuhan mendekatkan kita..
Saat kita Berdekatan,...
Tuhan Menjauhkan kita..
Alhamdulillah..
Semoga perkenalan yg terbina ini,
memberi warna2 ceria dalam hidup mu..
juga hidupku..
mengenalimu satu yg tidak disangka..
merinduimu.. satu kekeliruan..
menyayangimu.. satu anugerah yg hadir dalam hati..
dan diri ini tidak mampu lagi utk menafikan nya..
Aku berserah..
Disaat diri terlalu lemah dalam mencari kepastian..
Berserah Pada takdir ketentuan Illahi...